Cara Mudah Nak Hilangkan Rasa Bosan


Waa, bosannya....Tidak tahu nak buat apa lagi. Sememangnya bosan. Sungguh menyesakkan. Rasa sekeliling seakan sunyi. Tiada kata-kata. Sungguhlah bosan. 

Pernah tak rasa bosan sehingga ke tahap kebosanan yang terlampau. Kalau pernah, nak tahu cara-caranya. Jom baca..

Biasanya keadaan bosan ini berlaku apabila diri kita statik disatu tempat saja. Aktiviti harian pula,  adalah sama seperti semalam. Seolah-olah tiada ada apa-apa perubahan.Semuanya sama. 

Apabila semuanya sama. Lama kelamaan perasaan bosan itu wujud. Bosan, muak, jemu dan tepu. Maka itulah ayat yang sama erti dengannya.

Bila dah bosan. Bosan yang tahap terlampau. Akan bermulalah nanti episod-episod drama yang saling benci membenci, tarik-tarik muka. 

Tidak ketinggalan juga, kesalahan yang kecik juga akan di perbesarkan. Hal kecil sebesar kuman pun akan ternampak seperti sebesar raksasa macam dalam cerita Ultraman.

Cara yang paling  senang nak hilangkan rasa bosan. Cuba cari video yang kelakar ataupun movie yang kelakar. Yang mampu membuatkan korang tersenyum. Boleh membuatkan korang ketawa terbahak-bahak. 

Apabila sudah tergelak sehinggakan terguling-guling pastinya mampu merawat sedikit kebosanan yang timbul tadi. 

Wajah yang bosan tadi pun sudahpun bertukar kepada senyuman. 

Dah tengok vidoe atau movie yang kelakar tetapi masih lagi rasa bosan.

 Korang boleh cari kawan untuk berbual. Ambil telefon, dail dan telefon kawan yang korang rasa  selesa untuk bersembang dengannya. Dapat berborak, bersembang sambil-sambil bertanyakan khabar dan mengeratkan tali persahabatan.

Sambil-sambil borak tue, korang selitkanlah sedikit cerita kelakar. Barulah tidak hambar perbualan telefon tadi. Jika kawan korang tadi tue free, boleh terus ajak bersembang di kedai mamak ke, cafe ke, taman ke ataupun ajak pergi menonton wayang.

Haa..kan menarik tu..

Masih lagi rasa bosan, sehinggakan tidak tahu untuk buat apa.. 

Carilah makanan yang boleh dikunyah. Jika di rumah,  tidak terdapat makanan yang menarik untuk dikunyah. 

Boleh start enjin kereta, dan pergi ke tempat makan yang menjadi tumpuan ramai. Paling mudah kedai makanan segera. Dekat situ, korang boleh tengok gelagat-gelagat manusia yang ada disitu.

Tidak perlu tergopoh-gapah. Makan perlahan-lahan sambil menghayati makanan yang ada didepan mata,

Amat digalakkan ambil coklat apabila menghadapi rasa bosan. Sebabnya boleh kurangkan sedikit rasa bosan yang korang alami tu. Coklatkan sedap.

Andainya korang yang jenis rajin ke dapur. Tidak salah rasanya, korang mencuba resepi baru. Ataupun menghasilkan resepi baru. Wah, bila dah berhasil pastinya korang akan bangga dengan hasil air tangan sendiri

Apabila dah kenyang, Syok juga kalau dapat tidur.

Tutup pintu bilik, pasangkan air cond atau kipas danseterusnya tidur..Syok juga jika tidur tanpa gangguan. 

Tetapi korang jangan pulak tidur sampai sehari suntuk, nanti sakit kepala pulak jadinya. sebabnya terlalu banyak tidur. Badan pun akan jadi lesu dan tidak bermaya.

Sekiranya  tidak pulang ke rumah dan mata masih lagi tidak mahu tidur.

 Bawa kereta dan pergilah bersiar-siar. 

Isikan minyak kereta penuh setangki. Kemudian, Top-up TnGO sebanyak yang boleh mengikut kemampuan. Dan memandulah ke mana saja mengikut rasa hati korang. 

Sama ada ke utara, ke selatan ataupun ke pantai timur atau terus ke barat. Apabila memandu, patuhilah undang-undang keselamatan jalan raya. Berhati-hati dijalan raya.

Janganlah disebabkan kebosanan, korang memandu melebihi had kelajuan di jalanraya. Apabila nasib tidak menyebelahi, kena pulak saman kat polis. Terbang duit beratus-ratus. Rugi oooo

Malang pula tidak berbau, disebabbkan bosan dan memandu terlalu laju. Berlaku pula kemalangan yang tidak diigini. Ish, jika boleh tidak mahulah sehingga terjadinya kemalangan. 

Bertambah bosan rasanya, jika dimasukkan ke hospital.



Sambil-sambil memandu tadi, boleh dengar radio, lagu-lagu kegemaran, zikir, nasyid dan bacaan Al-quran. Jika keseorangan di dalam kereta, boleh menyanyi juga ikut lagu dari radio.

 Pastikan cermin kereta ditutup. Jika pemandu lain dengar korang terjerit-jerit, menyanyi keseorangan. Apa pula tanggapan mereka nanti.

 Hilang sedikit rasa bosan tadi kan. 

Masih lagi bosan dan tidak tahu apa yang nak dilakukan. Maka, bersenam adalah jawapannya. Tukar pakaian kepadda pakaian yang lebih bersesuaian untuk bersenam dan pergi ke taman reaksi yang berhampiran.

Yeahh. Ini masanya untuk kita bersenam. Sekurang-kurangnya berjogging 1 kilometer. Tidak larat untuk berjogging, Berjalan pun boleh. Asalkan aktiviti tadi boleh mengeluarkan peluh.

Jika tidak mahu berjogging di taman. Korang boleh juga, pergi ke gym-gym yang berhampiran. Sambil-sambil exercise, boleh juga bakar kalori. Hilang juga kebosanan yang ada. Bila badan dah berpeluh. Badan pun rasa agak segar dan ringan.

Hilang juga rasa bosan disaat itukan..

Jika bermacam-macam cara dibuat tetapi masih lagi rasa bosan. Last but not least, Ambil wudhuk, solat sunat dua rakaat. Selepas solat itu, capai alquran dan mengaji. Kalau masa tue, korang ada masalah ke, nak buat luahan ke, nak berdoa ke. 

Boleh minta terus kepada Allah swt

Boleh luahkan segalanya masa tue, Nak mengangis pun boleh.Sebabnya Allah kan mendengar segalanya. Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Dan selepas itu, korang ambil Al-quran dan mengaji. Pasti dengan cara ini akan membuatkan jiwa korang rasa lebih tenang dan tenteram. Hilang sudah kebosanan yang melanda.

Sudah menjadi lumrah kita manusia. Pastinya akan timbul perasaan bosan dan kebosanan. Tidak kiralah siapa saja. Sedang anak-anak kecil pun sudah mengerti apakah itu kebosanan.

Kebosanan ini bergantung bagaiman kita mengangganinya. Sekiranya kita mengambil inisiatif dengan membasmi dengan kebosanan dengan cara yang positif. Maka, hasilnya kita akan memperolehi perkara-perkara yang positif. Yang memberi kebaikan kepada diri.

Namun, apabila kita membasmi kebosanan dengan cara yang salah.Maka, ia kan menjeratkan diri kita aktiviti-aktivi yang membuang masa da merugikan. 

Ianya bergantung kepada kita, bagaimanakah kita hhendak mengawal kebosanan dan menghalang kebosanan daripada muncul di dalam hidup kita.

Berlainan individu, berlainan cara untuk menangani kebosanan yang dialami oleh mereka.Apapun terpulang pada anda bagaimanakah cara untuk menhilangkan rasa bosan yang muncul.




Comments

Popular posts from this blog

Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya

Doa buat anak-anak Mama

Menghadapi Bos Yang Garang