Mengapa Harga Durian Mahal
Pusing-pusing cari buah durian. Tidak kisahlah berapa harganya. Disebabkan dah teringin. Seluk poket dan kita beli saja. Kita tidak ada dusun durian. Kena belilah jawabnya.
Untung mereka yang ada dusun durian. Tunggu aje durian gugur. Lepas tue ngap. Tak payah beli-beli lagi.
Sekiranya nanti dapat menantu dan besan yang ada dusun durian, untung anak-anak cucu daku, tak perlu lagi beli durian.Berangan sekejap..Hehehe
Agaknya zaman anak kita nanti, berapa agaknya harga durian. Gamaknya mahu mencecah hingga ke ratusan ringgit sekilo.
Owh kehidupan...Owh duit.. Begitulah apabila nilai duit semakin mengecil.
Ini cerita, tahun lepas.
Sekilo RM25 jenis durian kampung. Bila ditanya kepada pakcik penjual durian. Durian daripada mana? Katanya dari Pahang. Owh mungkin harganya termasuk kos pengangkutan yang menyebabkan durian menjadi mahal.
Mungkin juga masa, aku teringin makan buah durian ini. Bukan pada musimnya.
Ataupun pada ketika itu, banyak sangat permintaan, sehinggakan harga buah yang dikenali sebagai raja buah ini melambung -lambung jadinya.
Ini belum lagi durian yang berstatus Musang King, D24,D22, Udang Emas dan Udang Galah. Eh, ada ker durian jenis udang galah. Sesuka aku je letak namakan.
Maafkan saya tokey durian, saya cuma tahu makan durian saja. Jenis-jenis durian saya tidak begitu pakar.Yang saya tahu juga, Durian yang isinya tebal dan rasa manis-manis sedikit pahit dan berlemak. Itulah rasa durian yang sedap untuk dinikmati.
Buat masa ini, tak terliur lagi nak makan durian yang mahal-mahal, cukuplah sekadar membeli buah durian dan ada rasa duriannya. Bukannya tidak mahu merasa durian yang mahal-mahal tue. Tapi rasanya masih sayangkan lagi duit lagi. Gigil tangan akak, keluarkan duit ratusan rinngit kerana membeli durian.Hehehe.
Bukan kedekut tau. Tapi itulah kemampuannya.Kita beli ikut kemampuan. Asalkan dapat merasa durian itu sudah memadai. Itulah ceritanya.
Mana tau ada yang sudi nak belanja makan durian yang mahal-mahal.Akak follow je nanti. Alhamdulillah, rezekilah katakan.
Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari.
Petang tadi, singgah sekejap dipasaraya yang berhampiran kat rumah ini. Ternampak pulak pakcik menjual durian. Mula dah tertarik.Bila di tanya "Berapa sekilo, pakcik? Dijawabnya, RM10 sekilo, durian kampung dari Pahang.
Alamak, harga durian dah turunlah. Boleh beli nie. Terdetik kat hati. Turun saja kereta, terus meluru kepada pakcik tadi. Anak-anak duduk diam-diam tau, Mama nak beli durian nie.
Siap pesan pada anak-anak.Seronok kemain lagi mereka. Bersorak macam menang perlawanan bola.
Ramai juga orang yang membeli durian dengan pakcik nie. Mesti bagus duriannya.Jika tidak, pasti tidak ada orang pun yang akan membeli durian pada pakcik penjual durian ini.
Tengok punya tengok. Bukannya beli yang RM10 sekilo tadi. Rambang pulak mata aku melihatnya. Pilih punya pilih.
Akhirnya, aku beli durian yang longgok-longgok di bawah. Ada jugalah sedikit pecah pada buah durian yang terpilih. Haahahaa. Beli yang longgok ini, sebab nak bagi ibu buat tempoyak. Nak makan sikit je.
Lagipun, anak-anak dah makan durian minggu lepas. Kami sudahpun menikmati durian tempohari dari Lenggeng, RM12 sekilo. Masa tue, sampai sakit kepala daku menghadap durian. Terbaring dibuatnya..
Tempoyak itu yang utama. Sebabnya nanti bila dah ada tempoyak senang nak menyediakan lauk berasaskan tempoyak.
Contohnya: Sambal tumis tempoyak bersama petai. Makan pula bersama nasi panas dan telur dadar. Mak mertua lalu pun, tak nampak tau.Sedap terangkat. Bertambah nasi sehingga lupa diet. Kan bahaya tue.
Jika bukan sambal tumis, tempoyak kita gunakan untuk masak. Ikan Patin Masak Tempoyak. Waduh, sedapnya. Kuahnya pekat-pekat, terasa asam dan tempoyaknya dan sedikit pedas. Wa!! sambil telan air liur daku menaip nih.
Terbayang kelazatannya Patin masak tempoyak yang dinikmati bersama nasi panas. Sekali lagi, mak mertua lalu tak nampak tau. Jika nampak pun, buat-buat tak tahu jer..
Kalau mak mertua tau nih, Mau dikatanya, kurang assam punya menantu..HaHahaaha
Ok..stop berangan. kita balik semula pada cerita durian tadi...
Next....
Habis semua durian longgok tue, aku borong.Total perbelanjaan beli durian RM60. Ada juga hampir 18 biji yang aku dapat tidak termasuk sebiji durian free yang dibagi oleh pakcik penjual durian.
Aku kecek punya kecek, puji dan puji.Dapat juga sebiji durian free daripada pakcik nie.
Balik rumah, apalagi ngadap durian ler kita. Rasa-rasa seulas dua. Ada yang sedap, ada yang tawar tapi tidak ada pun yang busuk. Okler tue kan. Katanya tadi nak buat tempoyak.
Ok, makan durian berpada-pada. Lepas makan durian. Jangan lupa kena banyak minum air.Jika tidak panas membahang jadinya.Kalau bilik takde aircond. Ala-ala tidur dalam bilik sauna rasanya.
Maka esok, tugasan kita meramas isi durian untuk dibuat tempoyak. Nyummy sedapnya..
Comments
Post a Comment