Harga Sebuah Persahabatan
Setiap yang hadir di dalam hidup kita pasti akan menjadi pengalaman satu hari nanti. Pengalaman yang mencetuskan kenangan. Kenangan yang di kenang disatu hari yang kemudian.
Kawan pula datang dan pergi. Disaat salam perkenalan di hulur, maka dari situlah kita akan memperolehi seorang kawan. Ianya di gelar kawan yang biasa-biasa saja. Selamanya tidak disisi. Hadirnya cuma sebentar. Sekejap ada munculnya, sekejap hilang perginya.
Ada ketikanya pergi meninggalkan dan tidak akan kembali lagi kepada kita.
Kawan yang biasa-biasa memang mudah ditemui dimana-mana. Cerita yang dibawa pun cuma yangbbiasa-biasa saja. Cerita mengenai aktiviti yang berkisarkan tentang kehidupan seharian, isu semasa dan aktiviti-aktiviti yang dilalui.
Itulah kawan biasa yang dikenali sebagai kawan bersembang.
Jarang sekali yang kita temui kawan biasa ini hadir semasa kita susah.Ya, jarang sekali
Namun ada juga kawan yang biasa ini menghadirkan diri disaat kita terdesak. Ianya datang dengan tangan yang menghulurkan pertolongan dan bantuan.Nasihat dan tutur kata yang positif diberikan satu per satu demi mengubati kesusuhan yang kita alami.
Disaat itulah beruntungnya kita mempunyai kawan biasa-biasa yang sebegini. Usah dilupakan pengorbanan dan jasa baik beliau.
Ada juga kawan yang biasa-biasa yang hadir cuma ingin mengambil kesempatan keatas diri kita.Dilihatnya kita dengan berbagai kelebihan terutama sekali dari segi kewangan. Namun hakikatnya tahap kewangan kita, cuma hanya kita yang mengerti.
Maka,dipinjamnya duit kita. Kita pun berbaik sangka dan bermurah hati.Terus saja memberi pinjaman kepada kawan tadi. Tetapi apa yang terjadi. Selepas beberapa bulan, tiada lagi mendengar khabar berita daripda kawan tadi. Setiap kali kita meminta supaya mememulangkan semula duit yang dipinjam. Perbagai alasan yang direkanya.
Lantas, kerana putus asa.Terus saja kita memutuskan persahabatan dengan kawan seperti ini kerana tiada lagi kepercayaan.
Daripada kawan yang biasa-biasa boleh juga bertukar kepada sahabat.
Apabila seorang sahabat yang di kenali selama bertahun-tahun lamanya. Sudah melalui susah senang bersama perbagai pengalaman pahit dan manis bersama. Itulah dinamakan sahabat sebenar.
Bersama seorang sahabat boleh kita bercerita tentang mengenai apa saja.Seperti isi dan kuku. Seakan cerita seorang adik bersama kakaknya.Rahsiamu, rahsiaku jua.
Namun, sahabat yang baik amat sukar untuk kita temui. Yang sanggup bergandingan bersama seiring dan sejalan. Jarang sekali kita temui.
Jika bertemu, tiak ramai yang ingin boleh dijadikan sahabat sebenar.Jika ada seorang dua itulah dia sahabat sebenar.
Sahabat yang baik tidak akan merendahkan sahabatnya.
Sahabat yang baik tidak akan sesekali mengambil kesempatan keatas sahabatnya.
Sahabat yang baik juga tidak akan mendedahkan keaiban sahabatnya.
Walaupun sahabat kita mempunyai berbagai kelemahan.
Sahabat yang baik tidak akan menjauhkan diri apabila sahabatnya berada didalam keadaan terdesak ataupun kesusahan.
Begitulah ceritanya sahabat yang baik. Sahabat yang baik akan mendengar dan memberi nasihat diantara satu sama lain. Sahabat yang baik akan bersama-sama susang dan senang walau didalam apa jua keadaan. Sahabat yang baik akan saling ingat meningati dan menasihati antara satu sama lain.
Didalam sebuah persahabatan, kejujuran, persefahaman itu penting.Kejujuran menghasilkan kepercayaan.Apabila tiada kejujuran maka akan rosaklah kepercayaan.Sahabat yang mempercayai antara satu sama lain saling bertoleransi di dalam komunikasi.
Keikhlasan didalam persahabatan memberi erti yang bermakna didalam sebuah persahabatan.Persahabatan yang ikhlas kan bertahan bertahun-tahun lamanya. Diats keikhlasan inilah akan terjalinnya sikap kerjasama diantara sahabat.Keikhlasan inilah yang mencerminkan betapa utuhnya tali sebuah persahabatan.
Persefahaman mengeratkan lagi komunikas diantara sahabat.Tiada percanggahan komunikasi.Jika terdapat sedikit perccanggahan komunikasi cuma untuk merapatkan lagi jurang persefahaman.Kepentingan persefahaman inilah yang membuatkan sukar mencari seorang sahabat yang diganti dengan insan lain.
Andai punyai seorang sahabat, hargailah dia
Adndai belum memiliki seorang sahabat lagi,
Allah ingin menguji kita.
Mungkin dipertemukan kita dengan insan yang salah terlebih dahulu.
Kemudian, disatu hari pasti ditemukan kita dengan sahabat yang sebenar.
Sahabat hadirmu menceriakan suasana.Pasti tiada yang dapat mengantikan insan yang bergelar sahabat. Seorang sahabat yang susah dicari.Hadirnya juga tidak dijangka. Seorang sahabat bukannya seorang kawan yang datang dan pergi.
Sahabat adalah sehingga ke hari tua dan seterusnya hingga ke akhir hayat.Itulah dinamakan sebagai Harga Sebuah Persahabatan.
Comments
Post a Comment