Menghadapi Bos Yang Garang



Wah! dapat bos yang garang. Confirmnya tak seronok nak bekerja. Pergi kerja pun rasa takut-takut jer. Bila berhadapan dengan bos yang garang macam singa. Silap hari bulan diterkamnya kita.

Bila tiba masa moodnya tidak baik, habis di campakkannya semua kertas. Hinggakan kawan-kawan kat department lain pun turut memandang ke arah kita. Segannya muka ini. Rasa seperti nak menyorok di bawah meja. Tapi sampai bila..

Demi sesuap nasi. demi keluarga dan rezeki yang dicari. Usaha tetap diteruskan. Bos yang garang pun tetap dihadap setiap hari. Walaupun di dalam hati berkelana dan rasa terbeban untuk menghadapi bos yang garang itu.

Tidak pernah mendapat bos yang garang. Untung sangat-sangat. Pasti suasana kerja menjadi lebih tenteram, seronok dan bertolak dan bertolak ansur. Maka dengan itu,  hargailah bos yang baik itu. Usah musnahkan kepercayaannya.

Jangan biarkan bos yang tidak pernah memarahi anda, bertukar menjadi serigala. Bekerjalah sebaiknya.Tunjukkan prestasi kerja yang bermutu.

Kadangkala bos yang sentiasa baik dimata dan tutur katanya lembut di telinga. Sekali apabila tiba angin meroyannya. Akan mengamuk mengalahkan singa jadian juga nanti.

Tips untuk menghadapi bos yang garang. Pertama sekali. Kena tanam sikap sabar. Bersabarlah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh bos tadi. Letakkanlah tahap kesabaran di tahap tertinggi ketika berhadapan dengannya.

Fikirkan semula punca-punca yang menjadi kemarahan bos tadi. Dan mungkin juga silap kita sebagai pekerja bawahan yang menghasilkan kerja yang kurang bermutu di mata bos itu.

Seterusnya, Apabila dimarahi, Jangan cuba sesekali bertengkar dengan bos itu. Namanya dia BOSS ataupun ketua ataupun majikan. jika di pangkah ayatnya pasti egonya lebih tercalar. 

Api bertemu dengan api, akan menjadi lebih marah dan besar bahangnya.

Langkah yang patut diambil. Lebih baik diamkan diri dan mencari masa yang benar-benar sesuai untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

Bertindak mengikut arahan yang telah diarahkan oleh bos tadi. Jangan cuba sesekali ingkar arahan beliau. Jika dimintanya format laporan di dalam warna biru. Letakkanlah warna biru.

Usahlah tunjukkan kretiviti anda dengan meletakkan laporan dengan warna biru dan merah. Pastinya format laporan anda akan dicampak ke tong sampah. 

Ini kerana ada boss atau ketua yang suka kita hanya mengikut arahan atau telunjuk mereka sahaja tanpa menerima pendapat atau kreativiti pekerja bawahan.

Anda rasa bos anda macamana? Anda lebih mengenalinya. Jadinya, bertindaklah mengikut arahan.

Seterusnya, buatlah kerja atau tugasan lebih awal dari masa yang ditetapkan. Sebab apa lebih awal, jika diminta mudah bagi anda untuk menunjukkan kepada boss tadi. Kurang sedikitlah perasaan marahnya kepada anda. 

Sekaligus, menunjukkan anda mempunyai sikap yang efisyen didalam melaksanakan tugasan.

Di samping itu, laksanakanlah tugasan dengan cermat dan teliti. Elakkan berlakunya sebarang kesilapan. Jika boleh rekodkan secara lengkap mengenai progress kerja yang dikehendaki.

Jika kurangnya kesalahan di dalam kerja-kerja harian.Maka, akan kuranglah marah boss tadi kepada kita.

Kadangkala, boss atau ketua bukan sengaja untuk memarahi kita. Mereka ingin memberi tunjuk ajar kepada kita. Mungkin di dalam niat hati kecilnya ingin mengajar kita di dalam melaksanakan tugasan cuma caranya saja yang tidak boleh diterima oleh pemikiran kita.

Andainya, boss atau ketua pula asyik mencari kesalahan pekerja bawahan seperti kita ini. Walaupun sudah berbagai-bagai cara kita lakukan. Apa lagi.Tepuk dada, tanya kaki.

 Samada untuk terus bekerja dengan bos yang garang. Di marahi dan ditengking setiap hari ataupun terus saja mengintai-intai peluang kerja ditempat lain.

Boss atau ketua untuk dihormati, begitu juga pekerja bawahan yang menerima arahan dan makan gaji. Ada perasaan dan emosi.Perlu juga dihormati.

Kadangkala, biarpun gaji hanya sedikit tetapi jika persekitaran kerja yang menyeronokkan akan membuatkan kerja yang susah akan menjadi mudah.

Namun, apabila persekitaran kerja yang penuh dengan kemarahan dan kebencian. Akan menyebabkan persekitaran kerja yang membebankan dan tiada komunikasi dua hala diantara pekerja dan majikan.

Samada boss ataupun ketua mahupun pekerja. Kedua-duanya sama penting didalam sesebuah organisasi. Segai ketua semenangnya akan mempunyai lebih tekanan daripada pekerja bawahan.Haruslah bijak menguruskan kemarahan dan juga tekanan. 

Tidak perlu dilepas atau dihampurkan kepada pekerja bawahan. Ambillah langkah bijak yang mampu menyenangkan pekerja bawahan.

Pekerja pula, tugasnya adalah untuk menunjukkan prestasi terbaik kepada ketua. Bertidak mengikut arahan yang telah diarahkan.Patuhi masa kerja yang di tetapkan. Agar menjadi pekerja cemerlang.

Selamat bekerja buat anda. Hadapi ini dengan dugaan yang mematangkan diri dialam perkerjaan. Moga satu hari nanti kita berpeluang menjadi boss atau ketua yang berkarisma, dihormati dan disayangi oleh pekerja -pekerja.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya

Doa buat anak-anak Mama