Sedihnya Hati Apabila Tidak Berduit....
Duit oo duit dimana kau duit..
Hari ini tajuk mengenai duit. Ada duit semua oleh dibeli. Tidak ada duit, tidak dapat apa pun yang boleh dibeli. Besarnya kuasa duit pada ketika ini.
Dari mana datangnya duit, jika tidak berusaha. Dari mana datangnya duit, jika tidak bekerja. Duduk saja mengharapkan duit datang. Sama sekali mustahil.
Sekurang-kurangnya perlu berusaha mendapatkan duit.
Poket kosong, bukan alasannya. Tapi usaha kita setinggi mana, sebanyak mana itu perlu di lihat semula.
Sememangnya sedih hati apabila melihat poket kosong. Wallet tidak ada mempunyai lansung kepingan ringgit. Aduh, ketika ini juga terpandang semuanya mengiurkan. Perut pula berkeroncong, apabila melihat makanan yang sedap dan enak. Terliur dibuatnya.
Aduh..dimana hendak dicarikan duit.
Kita bukannya hamba kepada duit.
Tetapi apabila mempunyai duit dipuji-puji orang. Di sanjung-sanjung tetapi jika tiada mempunyai duit. Mereka memandang seperti menyusahkan. Seakan sebelah mata memandang.
Tiada duit, terasa seperti membebankan orang lain.
Dengan duit membuatkan kita lebih berkeyakinan. Bicara lebih mantap.
Tanpa duit, kita hanya bicara kosong. Seakan tin kosong yang diketuk. Bunyinya kuat tetapi isinya tiada.
Pastinya amat menyeronokkan bila mempunyai banyak duit. Bukan hanya untuk diri sendiri. Tetapi mereka yang ada disekeliling kita. Dapat kita memenuhi permintaan mereka.
dapat kita membeli apa yang mereka inginkan. Dengan duit juga dapat kita berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Hebatkan kuasa duit...
Kertas yang bernilai, kertas yang boleh menjalankan transaksi jual beli.
Ada duit semuanya akan menjadi mudah. Nak itu, Nak ini, Tunjukkan saja jari pasti akan memiliki yang berkenan dihati.
Tetapi dengan duit juga membuatkan manusia lalai. Adik beradik bercakaran dan bermusuhan. Dengan duit juga menghasilkan pergaduhan yang besar.
Bahayanya duit jika tidak dikawal..
Jika berduit, berbelanjalah dengan sederhana. Agar apabila tiba masa tidak berduit terduduk melopong.
Jika ada lebihan duit, simpanlah sebagai persediaan semasa kecemasan
Jika berduit, jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Bersedekah atau berzakatlah seikhlas hati
Namun
Jika tidak berduit, Pandang saja barangan yang menjadi idaman hati
Jika tidak berduit, usahakan sehingga memperolehi duit
Jika tidak berduit, senyumlah sekurang-kurangnya menghiburkan hati yang lara..
Bersama-sama kita memperolehi duit yang halal dan berkat. Tiada guna kehidupan jika duit haram yang kita perolehi untuk menampung kehidupan.
Ubati sedih kesedihan apabila tidak berduit dengan memanjatkan doa kepada Allah swt, kerana dialah yang memberikan kita rezeki. Duit pula hanyalah salah satu cabang rezeki buat kita.
Mungkin kita tidak dianugerahkan duit yang banyak. Namun, kita dianugerahkan keluarga yang bahagia
Mungkin kita tidak mempunyai duit yang bertimbun tetapi kita dikurniakan kesihatan yang baik
Duit adalah salahsatu cabang rezeki kurniaan Allah swt.
Wahai hati, usahlah bersedih kerana ini adalah ujian buat kita.Allah sedang menguji kita.
Berkat kesabaran ujian ini pasti akan berlalu pergi.
Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.................
mmg pernah merasa xde duit bila tak bekerja ni..perit rasa sbb tak boleh membeli sesuka hati..huhu tapi rezeki dariNya tetap ada kalau kita terus berusaha kan
ReplyDelete