7 Tips 7 Hari Sebelum Hari Perkahwinan
Sempena cuti sekolah ini. Memang banyak kenduri kahwin. Sabtu dan ahad penuh dengan jemputan kahwin. Ada yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah, di dewan dan ada juga yang mengadakan majlis perkahwinan di masjid.
Apabila tengok pengantin bersanding diatas pelamin. Teringat zaman-zaman, akak bersanding dulu-dulu dik oii.. Letih tersenyum dibuatnya. Rasa segan pun ada sebab semua mata tertumpu pada kita. Al maklumlah, hari itulah di panggilnya kita raja sehari. Sehari je pun.
Jadinya, untuk adik-adik bakal pengantin sekalian. Kat sini akak nak share sikit info tentang persediaan 7 hari sebelum hari perkahwinan. Ini pun akak ambil daripada majalah. Semoga bermanafaat buat bakal-bakal pengantin diluar sana.
Jemput baca ye...
1) Segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda badan tidak sihat.
Jangan biarkan melarat. Sememangnya masa-masa beginilah akan stress dan tension. Namun, ambillah langkah bijak untuk menanganinya. Cari keluarga atau rakan terdekat untuk membantu atau meluahkan masalah yang timbul.
2) Confirmkan fitting baju, aksessori. Hubungi mak andam yang kita booking untuk confirmation. Pastikan mak andam mempunyai alamat rumah dan tentukan pukul berapa mak andam akan sampai untuk make upkan kita.
3) Confirmkan siapa pengapit kita. Hubungi kawan kita yang dah bersetuju untuk menjadi pengapit kita. Mana tahu dia lupa pulak nanti. Dan stand by seorang pengapit back up. Ye lah, mana tahu tetiba kawan kita tadi ada emergency ke, demam ke, cirit birit ke.
4) Menyusun dan menyemak semula dokumen yang perlu dibawa semasa akad nikah. Penting nih, Jika tidak tergantung majlis akad nikah nanti.
5) Hubungi katerer bagi mamastikan tiada menu makanan yang tertinggal. Sekali lagi, pastikan katerer tahu alamat rumah.Tentukan pukul berapa kateter akan sampai menyediakan makanan untuk majlis nanti
6) Tentukan semua doorgift sudah tersedia dan dibungkus dengan rapi. Pastikan ianya disimpan ditempat yang selamat dan sesuai. Sekiranya doorgift mengandungi kerepek atau keropok pastikan plastik di gam dengan baik. Supaya kerepek atau keropok tadi tidak lemau.
7) Hubungi jurunikah. Confirmkan waktu pernikahan dan tempat. Supaya tidak terlewat sampai di majlis akad nikah nanti
Diucapkan selamat pengantin baru buat semua bakal pengantin. Selamat menempuh alam rumah tangga yang ada manis,pahit dan masamnya.Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Comments
Post a Comment