Air tangan seorang isteri
Wahai suami,
Apabila pulang ke rumah selepas waktu bekerja.
Rasailah sedikit masakan isterimu.
Walaupun tidak menepati seleramu.
Sungguhpun hidangan tersebut masin.
Tegurlah isterimu dengan cara berhemah.
Wahai suami,
Usahlah pulang ke rumah kekenyangan dengan makan di kedai-kedai ataupun warung di tepi jalan.
Memang tidak dinafikan, makan di kedai-kedai lebih sedap dan lebih menyelerakan hidangannya.
Fikirkanlah tentang perasaan isterimu
Bersusah payah memasak,
Berfikir tentang menu apa yang nak dihidangkan kepadamu
Hargailah air tangan isterimu.
Nikmati air tangan isterimu walaupun ia tidak sesedap masakan ibumu
Kerana disaat dirimu menikmati air tangan isterimu yang terhidang itu
Terdetik kebahagiaan dihati isterimu
Rasa dihargai sunggupun hanya dengan pujian kecil
Hilang segala lelah di dapur
Hilang segala penat lelah dirumah
Comments
Post a Comment