Aku Yang Ketinggalan


Melihat kejayaan orang-orang lain membuatkan aku rasa ketinggalan kebelakang. Seakan aku yang jauh ketinggalan dari mereka. Berbagai-bagai kejayaan yang mereka kecapi. 

Sedangkan aku masih disini. Aku masih di tahap yang sama. Tiada perubahan.

Mengapa aku yang ketinggalan. Kemungkinan tiada usaha yang padu? Kemungkinan strategi ku silap? Kemungkinan langkahku tersasar jauh? 

Perbagai kemungkinan yang dapat aku senaraikan, mengapa dan apa puncanya yang menyebabkan akujauh ketinggalan.

Demi sebuah kejayaan. Aku akan mengorak langkah lebih jitu dan bersistematik dari yang sebelum ini. Agar tidak ketinggalan lagi.

Aku tidak mahu lagi ketinggalan

Aku mahu turut serta bersama-sama mereka di dalam sebuah kejayaan.

 Aku tidak mahu ketinggalan lagi. Aku ingin bangkit dari sebuah kegagalan.

Akan aku teruskan usaha. Mungkin ini musim menanam dan pastinya akan tiba jua musim menuai satu hari nanti

"Ya Allah tunjukkan aku jalan yang harus aku lalui, Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan, Ya Allah yang maha penyayang, Berilah hambamu ini kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah yang maha berkuasa, bukakanlah pintu-pintu kejayaan buat hambamu ini, Bangkitkanlah semangat diri ini, supaya dapat menempuh kejayaan seiring mereka yang telah berjaya.

HambaMu ini, selemah-lemah hamba Ya Allah, Tanpa bantuanMU, Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh diri yang kerdil ini. Bantulah hambaMu ini. Ya Allah.. Amin.. Ya rabbalalamin"

Semoga kejayaan berpihak jua kepada ku..

Comments

Popular posts from this blog

Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya

Doa buat anak-anak Mama

Menghadapi Bos Yang Garang