Hadirmu Membawa Sinar


Anakku, 

Mama, sangat-sangat bersyukur dengan kehadiranmu. Menyerikan lagi kehidupan keluarga ini. Hadirmu membawa sinar kebahagiaan. Melihat kamu membesar dengan sihat. Daripada tapak kaki sebesar dua jari tetapi kini panjangnya sudahpun sejengkal.

Daripada berpampers tetapi kini sudah pandai untuk pergi membuang air sendiri ke tandas.

Tiada perasaan indah yang dapat digambarkan ketika ini. Cuma kasih sayang yang tidak bertepi.

Perasan syukur kepada Allah swt kerana anugerah sinar kebahagiaan yang sangat-sangat berharga.

Anakku,

Disaat orang lain membina kerjayanya dengan cemerlang. Mama pula mengambil keputusan untuk meninggalkan alam kerjaya. Demi menjagamu, demi membesarkanmu. Nyata cabaran dan dugaan untuk menjaga dan membesarkanmu bukannya mudah. 

Dengan segala 1001 perangai dan kenakalan yang ditunjukkan olehmu.Namun, ia memberikan mama kepuasan di dalam membesarkanmu.Kepuasan kerana mampu membesarkanmu dengan tangan sendiri.

Mama faham, ini adalah proses pembesaran dan pembelajaran buat dirimu dan mama pula harus mempunyai sikap sabar yan menebal. Walaupun kadangkala nipisnya perasaan sabar itu tiada pada diri ini.



Anakku,

Maafkan mama jika sering-sering marah kepadamu. Ini bukannya kerana mama tidak sayang kepada dirimu. Jauh sekali terbit perkataan benci kepada dirimu. Tetapi kadangkala, sifat sabar bercampur keletihan muncul sehinggakan menjadi perasaan marah kepadamu.

Marah ini merupakan,marah-marah sayang. Yang mana ianya ingin melihat dirimu berubah kearah kebaikan.Marah yang ingin membentuk dirimu

Usahlah,dirimu marah juga kepada mama. Mama cuma ingin melihat dirimu mempunyai sahsiah dan perangai yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Dirimu semakin membesar. Mama juga semakin bertambah usia. Tiada apa yang mama pinta dari Allah swt. Cuma diberikan kesempatan melihat dirimu membesar dan kesihatan yang baik. Agar mata ini dapat melihat kejayaan-kejayaan kehidupan yang bakal di kecapi oleh dirimu.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya

Doa buat anak-anak Mama

Menghadapi Bos Yang Garang