Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya




Sememangnya  seronok bila buat BBQ dirumah, berkumpul ramai-ramai. Bertukar-tukar cerita. Disamping menghidangkan juadah buat tetamu yang datang.

Kebiasaanya dalam sibuk-sibuk bercerita, mulut pun merasa makanan yang dihidangkan. Walaupun diambil sedikit demi sedikit tetapi lama-kelamaan kenyang juga rasanya.

Daripada ayam bakar, udang bakar, ketam bakar dan yang paling best kalau ada daging kambing yang di bakar.. Wallawei, siap menunggu sehingga masak. Berpeluh pun tak pe. Asalkan dapat merasa kambing bakar yang masih berasap.

Jadinya, hari ini nak share tentang tips memanggang yang boleh diguna pakai untuk penyediaan majlis BBQ atau seangkatan dengannya 

1) Utamakan kaedah memerap


Pastikan bahan perapan secukupnya untuk memerap bahan-bahan yang hendak dibakar

Bahan-bahan hendaklah diperap sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar/ Lagi bagus diletakkan di dalam peti ais dan ditutup dengan plastik ataupun kain.

Berhari-hati di dalam pengunaan madu kerana apabila dibakar bahan-bahan tadi lebih mudah hangus dan bahagian dalamnya masih belum dimasak. 

Memang biasa dijumpai, dalamnya masih mentah dan berdarah tapi bahagian luarnya sudahpun kelihatan masak.

Sedang sedap-sedap makan, apabila terjumpa part nie, sememangnya terbantut selera.

2) Proses Memanggang


Jika mengunakan ketuhar, ayam seberat 1kg atau 1.2kg.Mulakan dengan 160 darjah celcius selama 20 minit, kemudian keluarkan ayam tersebut dari ketuhar.

 Kemudian, siramkan ayam atau bahan-bahan tadi dengan jus yang keluar dari ayam tersebut. 

Seterusnya, balut ayam tersebut dengan kertas pembalut aluminium dan bakar selama 25minit pada suhu 200 darjah celcius.Keluarkan dan cucuk ayam tadi pada bahagian peha dengan lidi, jika jus  yang keluar adalah jernih makan ayam tadi telah masak.

Sekiranya masih berdarah, masakkan lagi sehingga 10 -15 minit. Chef kata, dengan cara ini akan mendapatkan ayam panggang yang cantik, berjus diluar dan masak di bahagian dalamnya.

Sekiranya memasak dengan cara BBQ, pastikan para atau dawai disapukan dengan minyak sedikit supaya ianya tidak melekat dan dibakar dengan bara api yang sederhana besar. Alih-alihkan jika perlu supaya ayam tadi masak sekata.

Tidak perlu dialihkan banyak kali kerana akan menyebabkan tekstur ayam rosak.Boleh disapukan bahan perapan supaya ayam tadi tidak kering.

 Tidak perlu dibakar terlalu lama bimbang nanti hangus jadinya dan tidak terlalu cepat, tidak masak pula ayam tadi.

3) Tempoh Rehat

Sebelum ini saya pun tidak tahu, yang adanya tempoh rehat untuk ayam yang telah di panggang atau dibakar. Kebiasaannya, apabila sudah masak. Terus saja ngap untuk di makan.

 Rupa-rupanya ada tempoh rehat bagi ayam yang telah dimasak atau dipanggang tadi.

Selepas dipanggang di dalam ketuhar, haruslah menunggu sehingga 5-10 minit sebelum dipotong  kerana suhi didalam ayam adalah tinggi dan menyebabkan jusnya keluar apabila dipotong. Akhirnya akan menyeabkan ayam kita kering dan kurang enak untuk dimakan.

Selepas itu barulah boleh dimakan panggang ataupun ayam bakar.

Ayam panggang yang paling enak apabila perapannya secukup rasa, di masak atau dibakar dengan teknik yang betul dan direhatkan seketika sebelum dipotong.

Nyummy sedapnya ayam panggang..Sedapnya kambing bakar dan lazatnya udang bakar di makan bersama coleslaw.. Wah, mak mertua lalu pun tak sedar.

Sudah bersedia untuk BBQ bersama ahli keluarga. 

Jom kita rancang untuk berkumpul beramai-ramai sambil mengeratkan perhubungan persaudaraan.

Comments

Popular posts from this blog

Doa buat anak-anak Mama

Menghadapi Bos Yang Garang