5 Lokasi Yang Bahaya Untuk Dilawati
Jom melancong. Pastinya meyeronokkan. Melihat pemandangan yang berbeza daripada biasa yang kita lihat sehari-hari.Pastinya akan menimbulkan pengalaman yang berbeza.
Namun, usah terlalu teruja. Ini adalah kerana setiap tempat ada bahayanya. Yang mana kita harus berwaspada ketika melancong.
Namun. sekiranya pilihan anda untuk melancong ke tempat yang berisiko tinggi. Maka, risiko terjadinya sesuatu adalah diatas tanggungjawab anda sendiri.
Tidak menjadi kesalahan, sekiranya tempat-tempat yang berisiko tinggi ini menjadi pilihan anda.
Perlu diingatkan bersama, keselamatan haruslah diutamakan dan sekiranya membawa keluarga.
Keselamatan ahli keluarga itu yang paling harus diberi keutamaan.
Tempat-tempat yang dikategorikan diantara tempat yang berbahaya untuk dilawati diantaranya adalah.
Lokasi pergunungan berapi yang aktif.
Sememangnya tempat begini mempunyai dara darikan yang tersendiri, tetapi kita tidak mengetahui bilakah gunung berapi tersebut akan mencurahkan dan meletus.
Tips: Sebaiknya untuk melawat atau melancong tempat sebegini. Haruslah membuat beberapa penyelidikan atau pun bacaan terlebih dahulu. Sebagai persediaan.
Diantara lokasi yang bahaya untuk dilawati:
Gunung berapi Sinabung, Indonesia. Ianya terletak di Pulau Sumatra. Letusan terakhir terjadi adalah pada 27 Februari 2017.
Sebelum itu, letusan juga kerap berlaku yang mana menyebabkan penduduk setempat hilang tempat tinggal dan bandar-bandar yang berdekatan diselaputi oleh asap tebal dan debu oleh lava daripada gunung berapi tersebut.
Tahun letusan gunung berapi Sinabung adalah pada 2010, 2013,2014 dan juga 2015 dan kali terakhir pada 2017.
Gambar-gambar Gunung berapi Sinabung
credit:google |
credit: google |
Lokasi Pergunungan yang mempunyai angin yang kuat.
Tips: Sekali lagi, kena membuat sedikit pembacaan bagi melawat tempat sebegini. Perlu ada kelengkapan yang secukupnya. Persediaan mental dan fizikal juga harus diutamakan
Diantara lokasi yang bahaya untuk dilawati:
Gunung Washington, Amerika Syarikat. Nak tahu kenapa tempat ini berbahaya. Ini adalah kerana ianya merupakan tempat yang merupakan rekod angin yang paling lagu yang pernah dicatatkan didunia.
Rekod terlaju yang pernah dicatat adalah 327 kilometer perjam. Kerap juga terjadi runtuhan salji yang membuatkan gunung ini bahaya untuk dilawati.
Gambar-gambar Gunung Washington:
credit:google |
Lokasi yang mempunyai suhu kepanasan yang melampau.
Bayangkan jika anda duduk didalam ketuhar. Pastinya berpeluh-peluh dan akhirnya akan menjadi kehausan dan juga rentung.
Sedangkan duduk disebelah ketuhar pun sudah terasa bahangnya. Inikan pula kawasan yang mempunyai kepanasan yang melampau.
Maka dengan itu, fikir-fikirkan sekiranya anda merancang untuk melawat tempat yang berkepanasan tinggi.
Sekali lagi, Siap sediakan semua persediaan termasuk mental dan fizikal. Bawalah pakaian yang nipis dan selesa dipakai.
Yang tidak harus dilupakan ubatan-ubatan yang boleh membantu anda sekiranya terjadi saat-saat kecemasan yang tidak diingini.
Diantara lokasi yang bahaya untuk dilawati:
Death Valley, Amerika Syarikat
Kawasan yang memegang rekod dunia yang mempunyai suhu tertinggi iaitu sebanyak 56.7 darjah celcius.
Gambar-gambar Death Valley
Lokasi yang mempunyai banyak haiwan berbisa
Bahaya.. Sememangnya bahaha. Terutama sekali haiwan berbisa seperti ular. Kita tidak sedar tentang kedatangan binatang seperti ini. Ianya datang secara senyap-senyap.
Tips: Sediakan secukupnya ilmu pengetahuan tentang asas-asas keselamatan sekiranya anda berada ti kawasan yang berisiko terdapatnya haiwan berbisa. Siap sedia dengan kotak-kotak kecemasan yang mengandungi ubat-ubatan agar dapat membantu di saat-saat genting.
Mungkin boleh berpakaian yang mengandungi ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan dari terkenanya serangan daripada haiwan berbisa ini.
Diantara lokasi yang bahaya untuk dilawati:
Iha Da Queimada Grande, Pulau Ular, Brazil
Dikenali sebagai tempat yang berbahaya di dunia kerana dipenuhi dengan ular paling berbisa iaitu ular Bothrops.
Terdapat juga beberapa cerita yang ular tersebut berjaya mengorbankan mangsa dengan sekelip mata. Terdapat juga kisah yang mana penjaga rumah api telah mati kerana dipatuk oleh ular.
Saintis turut menganggarkan, terdapat lima ekor ular di setiap satu meter persegi di kawasan ini..
Bahaya oiii.Pendek kata, kawasan ini dopenuhi dengan ular.
Gambar-gambar Pulau Ular, Brazil
credit: google |
Lokasi yang mempunyai haiwan-haiwan ganas
Sekiranya anda berminat untuk melawat kawasan yang mempunyai haiwan-haiwan ganas. Lengkap diri dengan pengetahuan tentang kehidupan dan habitat mengenai haiwan ini.
Ini adalah kerana haiwan ini mempunyai corak dan kehidupannya yang tersendiri. Sekiranya sedang di dalam keadaan kelaparan. Silap haribulan, kita pula yang menjadi santapannya..
Hohoho bahaya tue....
Diantara lokasi yang bahaya untuk dilawati:
Elephant Kingdom, Thailand
Kawasan ini merupakan taman buaya yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat buaya secara dekat dengan cara anda dikehendaki menaiki rakit yang separa tertutup.
Rakit ini diperbuat dengan kayu yang nipis dan diimbangi oleh tong-tong plastik dan jaring separuh dibahagian rakit tersebut.
Disini, pengunjung diberi peluang memberi makanan kepada sang buaya dengan menguna joran.
Gambar-gambar Elephant Kingdom, Thailand
Credit: Google |
Kesimpulannya, di dalam keseronokan kita melancong. Jangan diabaikan tentang keselamatan. Yang mana nyawa dan keselamatan lebih berharga dari segalanya.
Sekiranya terdapat arahan-arahan keselamatan di lokasi yang anda lawati, haruslah mematuhi arahan-arahan tersebut agar tidak terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini akibat kecuaian dan keegooan sendiri.
Selamat melancong buat anda. Semoga bergembira disepanjang tempoh anda melancong. Pastinya terdapat kepuasan dan pengalaman baru yang bakal anda perolehi.
Ke mana destinasi yang di tuju, pasti ada bahayanya yang tersendiri. Cuma kita perlu berhati-hati dan waspada selalu.
Salam Dhia Khadeeja..
ReplyDeleteScary semua tempat yang disenaraikan.
Memang menempah maut kalau pi sana..
banyak tempat lain yang lagi best dan menarikkan.
ReplyDelete