Drama TV Bersiri Yang Harus Anda Tonton
Apabila sudah mengikuti drama bersiri. Sememangnya wajib ditonton sehingga ke episod akhir. Jika tidak memang rasa ketinggalan. Macam saya sendiri. Sekali terjebak dengan drama bersiri. Mesti apabila tiba waktunya. Pasti duduk menunggu di depan TV. Sebab nak tengok drama TV kegemaran.
Masa ini kalau boleh, tak mahu diganggu. sebab nak fokus menonton drama TV yang diminati. Cheewah. Tetapi ada saja gangguannya. Tidak dapat nak fokus sangat..
Sejak kebelakangan ini. memang meminati dua drama bersiri ini. Kedua-duanya di tayangkan di TV3. Drama TV yang menarik minat saya ialah. Drama yang bertajuk Dia. Ditayangkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pada pukul 9.00 malam. Maka, waktu inilah kita duduk bersimpuh di hadapan TV.
Diantara barisan pelakon yang berlakon di dalam drama ini adalah Irwansyah,Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Zamarul Hisham, Emma Maembong dan ramai lagi pelakon hebat termasuklah pelakon dari seberang.
Drama ini mengisahkan tentang persahabatan, cinta yang terhalang, kekeluargaan dan cinta.
Setiap episod di tampilkan dengan emosi yang berbeza. Membuatkan penonton ternanti-nanti apa yang akan terjadi seterusnya.
Tambahan pula, OST drama ini yang dinyayikan oleh Dayang Nurfaizah yang berjauk Dia pun sedap didengar. Ditambah dengan suara Dayang yang sememangnya Best itu. Makin bertambah Best jadinya. Hehehehe..
Manakala, drama bersiri yang kedua adalah Drama Naagin.
Sebenarnya, saya kurang meminati drama tamil ataupun hindustan. Tetapi sejak terjebak dengan tidak sengaja menonton drama ini. Rasa rugi pula jika tidak menontonnya sehingga episod akhir.
Ditayangkan pada pukul 4.00 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.Maka, akan terconngoklah saya di depan televisyen untuk menonton drama ini.
Ianya mengisahkan tentang ular jadian yang membalas dendam diatas kematian ibu dan ayahnya. Termasuklah motif-motif cinta dan kekeluargaan.
Ditambah dengan, banyaknya unsur-unsur suspend dalam drama ini. Hero dan heroinnya pun handsome dan cantik.
Tak lekang mata melihatnya.
Setakat ini saja mengenai drama bersiri yang menjadi kegemaran setakat hari ini. Nanti kita sambung lagi ye.
Comments
Post a Comment