Masa dan Kehidupan
Pantas sunguh masa berlalu. Jam berganti jam.Hari berganti hari.Usia pula semakin bertambah..
Oh masa, siapa lambat pasti tertinggal di belakang.
Kita mengejar masa.Masa pula tidak menunggu kita. Masa oh masa. Terleka sedikit, terlena sedikit. Rasa sangat ruginya masa terbuang. Kerana masa itu adalah emas.
Masa itu adalah mata pedang,jika tidak dimanafaatkan sebaiknya. Kita sendiri akan ditikamnya.
Masa yang lepas adalah kenangan yang mencetuskan pengalaman. Hari ini adalah realiti. Detik ini adalah kenyataannya
Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Tidak ada masa yang dapat diputarkan semula.Tiada masa yang lepas dapat digantikan semula. Yang ada hanyalah cebisan ingatan sebagai kenangan dan juga pengalaman buat diri.
Hargai masa sekarang, agar tidak kita menyesal dikemudian hari nanti.Hargai masa sekarang agar kita tidak lagi ketinggalan di masa hadapan. Masa sekrang adalah masa untuk kita berusaha sebaiknya. Tidak kiralah dalam bidang apa yang kita ceburi. Manafaatkanlah masa dengan sebaiknya.
Kita punyai 24 jam didalam sehari. Pecahkan masa mengikut keutamaan. Agar mampu di manafaatkan buat kebaikan diri dan mereka yang ada disekeliling kita.
Andai masa itu tidak mencukupi, letakkan jadual dan perancangan yang teratur didalam aktiviti seharian.Beruntung mereka yang pandai manafaatkan masa sepenuhnya. Sangat-sangat beruntung bagi mereka yang menghargai masa demi sebuah kehidupan.
Oh masa, semakin hari semakin pantas masa berlalu. Sudah sampai dipertengahan bulan.Masa yang mencengkam sebuah kehidupan.
Masa kita berehat, berehatlah sebaiknya.Masa kita bekerja, bekerjalah seikhlasnya demi mencari nafkah buat keluarga tersayang. Masa kita tidur, Tidurlah selenanya. Agar badan dapat menikmati kerehatan yang sebenar.
Pengunaan masa yangbaik membutakan kita menjadi seorang yang pandai merancang.Bijak merancang akan menjadikan kita seorang yang teliti dengan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan.
Ingatlah, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk, masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum susah.
Uasah dihabiskan masa dengan tidur, nanti kelak badan menjadi lesu, Usah dihabiskan masa dengan menonton TV kerana nanti bil elektrik melambung tinggi, Usah habiskan masa hanya menikmati makanan yang enak, kerana nanti penyakit mudah menhampiri.
Usah habiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, kelak nanti menyesal yang tiada penghujungnya.
Selagi punyai masa,
Bekerjalah sekuatnya kerana bekerja boleh meningkatkan kemahiran dan tahap kewangan. Kweangan yang stabil mampu memingkatkan ekonomi keluarga.
Selagi punyai masa,
Membacalah sebanyaknya kerana itu gefung ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Bijaksana seseorang itu kerana ilmunya.
Selagi punyai masa,
Bacalah Alquran sekerapnya, kerana ianlah peneman kita dikubur nanti
Selagi punyai masa,
Hiasilah bibir dengan zikir kepada Allah swt dan selawat kepada Nabi Muhammad saw. Agar hati sentiasa terdidk dengan akhlak yang baik dan terpuji.
Itulah masa yang kita punyai.
Masa yang digunakan sebaiknya adalah kejayaan.Mereka yang berjaya, pandai mengunakan masa dan mencari peluang.Rahsia kejayaan mereka adalah berdisplin dengan masa.
Mereka yang menepati prinsip terhadap masa.Bagi mereka, masa kini adalah masa depan kerana itulah harus digunakan sebaiknya.
Jam terus berdetik tanpa henti. Langkah diatur dan disusun. Diketika masa ini. Bangkitlah anak muda. Bangunlah jiwa yang tulus. Berusahalah demi sebuah kehidupan.
Selagi masih bernafas. Selagi masa terus berjalan tanpa henti. Begitulah usaha juga harus dipasakkan demi sebuah kehidupan.
Comments
Post a Comment