Melatih diri Untuk Sabar
Ketika rasa seperti sudah tiada lagi kesabaran dihati, cuba bisik-bisikkan pada diri.
Sekiranya aku ini sedang susah, ada lagi manusia di luar sana yang lebih-lebih lagi sedang susah hidupnya,
Sekiranya aku ini sedang menderita, ada lagi manusia diluar sana sedang menderita hidupnya,
Sekiranya aku ini sedang bersedih, ada lagi manusia di luar sana lebih sedih dan pilu hidupnya
Ya, bisikkan pada diri sebegitu. Pasti akan rasa lega sedikit..
Pujuklah hati supaya bersabar.. Ini adalah ujian yang Allah berikan supaya kita lebih patuh dan sentiasa mengingatinya.
Bukannya kita seorang saja yang akan merasa sedih,menderita dan susah. Ramai lagi yang diluar sana lebih lebih lebih sedih,menderita dan susah. Malah lagi hebat dugaan yang dihidapi oleh mereka.
Oleh itu bersyukurlah. Bersyukur itu mendidik diri menjadi lebih sabar. Dengan bersyukur, Allah akan menambahkan segala nikmatnya buat kita.
Melihat kekurangan orang lain, bukan untuk kita membanggakan diri. Malah itu adalah muhasabah buat diri. Agar diri lebih sedar tentang kehidupan. Membuatkan kita rasa lebih bersyukur dengan kurniaan Allah swt kepada kita.
Setiap dari kita pasti punyai halangan dan dugaan yang tersendiri. Kadang-kdang tue, dugaan seperti datang bertimpa-timpa kepada diri kita.
Dibuang kerja, anak sakit, kereta rosak, bergaduh suami isteri, duit hilang, tayar kereta pancit, pasangan curang. Ya, jika disenaraikan memang banyak dugaaan yang kita lalui dan harus kita tempuh.
Namun, disetiap dugaan itu pasti punya hikmahnya yang tersendiri. Pasti ada kebaikan yang terselindung disebalik dugaan yang kita tempuhi ini. Ianya mendidik jiwa.
Dugaan yang hadir ini seakan mematangkan usia dan menambahkan pergertian didalam perjalanan hidup ini.
Usah menyesali apa yang terjadi. Apa yang sudah terjadi tetap terjadi. Yang pentingnya adalah hari esok dan hari yang akan datang untuk kita bangkit semula.
Usah mudah berputus asa. Bangkitlah semula. Perjuangkan semula semangat diri yang kita pernah ada satu masa dulu. Renungkan kembali impian-impian kita yang tidak pernah tercapai.
Inilah peluangnya untuk kita mengapai impian yang pernah terkubur pada satu masa dulu.
Sabar..Sabar..dan bersabarlah.. Jika rasa ingin menangis.Menangislah. Menangislah sepuas-puas hati. Agar hilang segala yang terbuku dihati.
Jika rasa ingin menjerit.Menjeritlah sekuatnya. Agar terluah segala keperitan dijiwa.
Mengadulah kepada Allah swt, tentang segalanya....
Allah itu menguji setiap hambanya mengikut kemampuan hambanya.
Semestinya kita mampu menghgadapinya kerana ini adalah ujian-ujian buat diri kita. Mungkin juga ujian dan dugaan ini merupakan penghapus kepada dosa-dosa lampau kita.
Maka, bersabarlah....
Setiap manusia pastinya akan diuji. Samaada ringan atau berat ujian itu adalah bergantung kepada penerimaan masing-masing. Ujian itu adalah pelengkap kehidupan.
Disaat kita diuji itulah, tahap kesabaran kita itu dinilai dan diperhatikan. Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Yang hanya adalah titisan air mata dan harapan. Namun, keyakinan diri tetap perlu ada didalam menyelesaikan sesebuah masalah itu.
Sabar itu kunci utama didalam kehidupan seharian. Mulut manusia kita tidak mampu menutupnya.Hati manusia berbolak balik sifatnya. Namun tahap kesabaran yang tinggi sepatutnya terpahat jitu di hati dan minda.
Moga-moga kesabaran itu sentiasa dihati. Sentiasa melatih diri untuk bersabar didalam setiap perkara yang terjadi didalam kehidupan ini.
Comments
Post a Comment