Posts

Menghadapi Bos Yang Garang

Image
Wah! dapat bos yang garang. Confirmnya tak seronok nak bekerja. Pergi kerja pun rasa takut-takut jer. Bila berhadapan dengan bos yang garang macam singa. Silap hari bulan diterkamnya kita. Bila tiba masa moodnya tidak baik, habis di campakkannya semua kertas. Hinggakan kawan-kawan kat department lain pun turut memandang ke arah kita. Segannya muka ini. Rasa seperti nak menyorok di bawah meja. Tapi sampai bila.. Demi sesuap nasi. demi keluarga dan rezeki yang dicari. Usaha tetap diteruskan. Bos yang garang pun tetap dihadap setiap hari. Walaupun di dalam hati berkelana dan rasa terbeban untuk menghadapi bos yang garang itu. Tidak pernah mendapat bos yang garang. Untung sangat-sangat. Pasti suasana kerja menjadi lebih tenteram, seronok dan bertolak dan bertolak ansur. Maka dengan itu,  hargailah bos yang baik itu. Usah musnahkan kepercayaannya. Jangan biarkan bos yang tidak pernah memarahi anda, bertukar menjadi serigala. Bekerjalah sebaiknya.Tunjukkan prestasi kerj

Sedihnya Hati Apabila Tidak Berduit....

Image
Duit oo duit dimana kau duit.. Hari ini tajuk mengenai duit. Ada duit semua oleh dibeli. Tidak ada duit, tidak dapat apa pun yang boleh dibeli. Besarnya kuasa duit pada ketika ini. Dari mana datangnya duit, jika tidak berusaha. Dari mana datangnya duit, jika tidak bekerja. Duduk saja mengharapkan duit datang. Sama sekali mustahil. Sekurang-kurangnya perlu berusaha mendapatkan duit. Poket kosong, bukan alasannya. Tapi usaha kita setinggi mana, sebanyak mana itu perlu di lihat semula. Sememangnya sedih hati apabila melihat poket kosong. Wallet tidak ada mempunyai lansung kepingan ringgit. Aduh, ketika ini juga terpandang semuanya mengiurkan. Perut pula berkeroncong, apabila melihat makanan yang sedap dan enak. Terliur dibuatnya. Aduh..dimana hendak dicarikan duit. Kita bukannya hamba kepada duit.  Tetapi apabila mempunyai duit dipuji-puji orang. Di sanjung-sanjung tetapi jika tiada  mempunyai duit. Mereka memandang seperti menyusahkan. Seakan sebe

Melatih diri Untuk Sabar

Image
Ketika rasa seperti sudah tiada lagi kesabaran dihati, cuba bisik-bisikkan pada diri. Sekiranya aku ini sedang susah, ada lagi manusia di luar sana yang lebih-lebih lagi sedang susah hidupnya, Sekiranya aku ini sedang menderita, ada lagi manusia diluar sana sedang menderita hidupnya, Sekiranya aku ini sedang bersedih, ada lagi manusia di luar sana lebih sedih dan pilu hidupnya Ya, bisikkan pada diri sebegitu. Pasti akan rasa lega sedikit.. Pujuklah hati supaya bersabar.. Ini adalah ujian yang Allah berikan supaya kita lebih patuh dan sentiasa mengingatinya. Bukannya kita seorang saja yang akan merasa sedih,menderita dan susah. Ramai lagi yang diluar sana lebih lebih lebih sedih,menderita dan susah. Malah lagi hebat dugaan yang dihidapi oleh mereka. Oleh itu bersyukurlah. Bersyukur itu mendidik diri menjadi lebih sabar. Dengan bersyukur, Allah akan menambahkan segala nikmatnya buat kita. Melihat kekurangan orang lain, bukan untuk kita membanggakan di

Cara Mudah Nak Hilangkan Rasa Bosan

Image
Waa, bosannya....Tidak tahu nak buat apa lagi. Sememangnya bosan. Sungguh menyesakkan. Rasa sekeliling seakan sunyi. Tiada kata-kata. Sungguhlah bosan.  Pernah tak rasa bosan sehingga ke tahap kebosanan yang terlampau. Kalau pernah, nak tahu cara-caranya. Jom baca.. Biasanya keadaan bosan ini berlaku apabila diri kita statik disatu tempat saja. Aktiviti harian pula,  adalah sama seperti semalam. Seolah-olah tiada ada apa-apa perubahan.Semuanya sama.  Apabila semuanya sama. Lama kelamaan perasaan bosan itu wujud. Bosan, muak, jemu dan tepu. Maka itulah ayat yang sama erti dengannya. Bila dah bosan. Bosan yang tahap terlampau. Akan bermulalah nanti episod-episod drama yang saling benci membenci, tarik-tarik muka.  Tidak ketinggalan juga, kesalahan yang kecik juga akan di perbesarkan. Hal kecil sebesar kuman pun akan ternampak seperti sebesar raksasa macam dalam cerita Ultraman. Cara yang paling  senang nak hilangkan rasa bosan. Cuba cari video yang kelakar ata

Masa dan Kehidupan

Image
Pantas sunguh masa berlalu. Jam berganti jam.Hari berganti hari.Usia pula semakin bertambah.. Oh masa, siapa lambat pasti tertinggal di belakang. Kita mengejar masa.Masa pula tidak menunggu kita. Masa oh masa. Terleka sedikit, terlena sedikit. Rasa sangat ruginya masa terbuang. Kerana masa itu adalah emas. Masa itu adalah mata pedang,jika tidak dimanafaatkan sebaiknya. Kita sendiri akan ditikamnya. Masa yang lepas adalah kenangan yang mencetuskan pengalaman. Hari ini adalah realiti. Detik ini adalah kenyataannya Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Tidak ada masa yang dapat diputarkan semula.Tiada masa yang lepas dapat digantikan semula. Yang ada hanyalah cebisan ingatan sebagai kenangan dan juga pengalaman buat diri. Hargai masa sekarang, agar tidak kita menyesal dikemudian hari nanti.Hargai masa sekarang agar kita tidak lagi ketinggalan di masa hadapan. Masa sekrang adalah masa untuk kita berusaha sebaiknya. Tidak kiralah dalam bidang a

Mengapa Harga Durian Mahal

Image
Pusing-pusing cari buah durian. Tidak kisahlah berapa harganya. Disebabkan dah teringin. Seluk poket dan kita beli saja. Kita tidak ada dusun durian. Kena belilah jawabnya. Untung mereka yang ada dusun durian. Tunggu aje durian gugur. Lepas tue ngap. Tak payah beli-beli lagi. Sekiranya nanti dapat menantu dan besan yang ada dusun durian, untung anak-anak cucu daku, tak perlu lagi beli durian.Berangan  sekejap..Hehehe Agaknya zaman anak kita nanti, berapa agaknya harga durian. Gamaknya mahu mencecah hingga ke ratusan ringgit sekilo. Owh kehidupan...Owh duit.. Begitulah apabila nilai duit semakin mengecil. Ini cerita, tahun lepas. Sekilo RM25 jenis durian kampung. Bila ditanya kepada pakcik penjual durian. Durian daripada mana? Katanya dari Pahang. Owh mungkin harganya termasuk kos pengangkutan yang menyebabkan durian menjadi mahal.  Mungkin juga masa, aku teringin  makan buah durian ini. Bukan pada musimnya. Ataupun pada ketika itu, banyak sangat permin

Harga Sebuah Persahabatan

Image
Setiap yang hadir di dalam hidup kita pasti akan menjadi pengalaman satu hari nanti. Pengalaman yang mencetuskan kenangan. Kenangan yang di kenang disatu hari yang kemudian. Kawan pula datang dan pergi. Disaat salam perkenalan di hulur, maka dari situlah kita akan memperolehi seorang kawan. Ianya di gelar kawan yang biasa-biasa saja. Selamanya tidak disisi. Hadirnya cuma sebentar. Sekejap ada munculnya, sekejap hilang perginya. Ada ketikanya pergi meninggalkan dan tidak akan kembali lagi kepada kita. Kawan yang biasa-biasa memang mudah ditemui dimana-mana. Cerita yang dibawa pun cuma yangbbiasa-biasa saja. Cerita mengenai aktiviti yang berkisarkan tentang kehidupan seharian, isu semasa dan aktiviti-aktiviti yang dilalui. Itulah kawan biasa yang dikenali sebagai kawan bersembang. Jarang sekali yang kita temui kawan biasa ini hadir semasa kita susah.Ya, jarang sekali Namun ada juga kawan yang biasa ini menghadirkan diri disaat kita terdesak. Ianya datang