Posts

Showing posts from December, 2017

Tips Untuk Memanggang Ayam atau Daging dan Sebagainya

Image
Sememangnya  seronok bila buat BBQ dirumah, berkumpul ramai-ramai. Bertukar-tukar cerita. Disamping menghidangkan juadah buat tetamu yang datang. Kebiasaanya dalam sibuk-sibuk bercerita, mulut pun merasa makanan yang dihidangkan. Walaupun diambil sedikit demi sedikit tetapi lama-kelamaan kenyang juga rasanya. Daripada ayam bakar, udang bakar, ketam bakar dan yang paling best kalau ada daging kambing yang di bakar.. Wallawei, siap menunggu sehingga masak. Berpeluh pun tak pe. Asalkan dapat merasa kambing bakar yang masih berasap. Jadinya, hari ini nak share tentang tips memanggang yang boleh diguna pakai untuk penyediaan majlis BBQ atau seangkatan dengannya  1) Utamakan kaedah memerap Pastikan bahan perapan secukupnya untuk memerap bahan-bahan yang hendak dibakar Bahan-bahan hendaklah diperap sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar/ Lagi bagus diletakkan di dalam peti ais dan ditutup dengan plastik ataupun kain. Berhari-hati di dalam pengunaan mad

Aku Yang Ketinggalan

Image
Melihat kejayaan orang-orang lain membuatkan aku rasa ketinggalan kebelakang. Seakan aku yang jauh ketinggalan dari mereka. Berbagai-bagai kejayaan yang mereka kecapi.  Sedangkan aku masih disini. Aku masih di tahap yang sama. Tiada perubahan. Mengapa aku yang ketinggalan. Kemungkinan tiada usaha yang padu? Kemungkinan strategi ku silap? Kemungkinan langkahku tersasar jauh?  Perbagai kemungkinan yang dapat aku senaraikan, mengapa dan apa puncanya yang menyebabkan akujauh ketinggalan. Demi sebuah kejayaan. Aku akan mengorak langkah lebih jitu dan bersistematik dari yang sebelum ini. Agar tidak ketinggalan lagi. Aku tidak mahu lagi ketinggalan Aku mahu turut serta bersama-sama mereka di dalam sebuah kejayaan.  Aku tidak mahu ketinggalan lagi. Aku ingin bangkit dari sebuah kegagalan. Akan aku teruskan usaha. Mungkin ini musim menanam dan pastinya akan tiba jua musim menuai satu hari nanti " Ya Allah tunjukkan aku jalan yang harus aku lalui, Ya

Hadirmu Membawa Sinar

Image
Anakku,  Mama, sangat-sangat bersyukur dengan kehadiranmu. Menyerikan lagi kehidupan keluarga ini. Hadirmu membawa sinar kebahagiaan. Melihat kamu membesar dengan sihat. Daripada tapak kaki sebesar dua jari tetapi kini panjangnya sudahpun sejengkal. Daripada berpampers tetapi kini sudah pandai untuk pergi membuang air sendiri ke tandas. Tiada perasaan indah yang dapat digambarkan ketika ini. Cuma kasih sayang yang tidak bertepi. Perasan syukur kepada Allah swt kerana anugerah sinar kebahagiaan yang sangat-sangat berharga. Anakku, Disaat orang lain membina kerjayanya dengan cemerlang. Mama pula mengambil keputusan untuk meninggalkan alam kerjaya. Demi menjagamu, demi membesarkanmu. Nyata cabaran dan dugaan untuk menjaga dan membesarkanmu bukannya mudah.  Dengan segala 1001 perangai dan kenakalan yang ditunjukkan olehmu.Namun, ia memberikan mama kepuasan di dalam membesarkanmu.Kepuasan kerana mampu membesarkanmu dengan tangan sendiri. Mama faham, ini

7 Tips 7 Hari Sebelum Hari Perkahwinan

Image
Sempena cuti sekolah ini. Memang banyak kenduri kahwin. Sabtu dan ahad penuh dengan jemputan kahwin. Ada yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah, di dewan dan ada juga yang mengadakan majlis perkahwinan di masjid. Apabila tengok pengantin bersanding diatas pelamin. Teringat zaman-zaman, akak bersanding dulu-dulu dik oii.. Letih tersenyum dibuatnya. Rasa segan pun ada sebab semua mata tertumpu pada kita. Al maklumlah, hari itulah di panggilnya kita raja sehari. Sehari je pun. Jadinya, untuk adik-adik bakal pengantin sekalian. Kat sini akak nak share sikit info tentang persediaan 7 hari sebelum hari perkahwinan. Ini pun akak ambil daripada majalah. Semoga bermanafaat buat bakal-bakal pengantin diluar sana. Jemput baca ye... 1) Segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda badan tidak sihat. Jangan biarkan melarat. Sememangnya masa-masa beginilah akan stress dan tension. Namun, ambillah langkah bijak untuk menanganinya. Cari keluarga atau rakan terdekat untuk me

Air tangan seorang isteri

Image
Wahai suami,  Apabila pulang ke rumah selepas waktu bekerja.  Rasailah sedikit masakan isterimu.  Walaupun tidak menepati seleramu.  Sungguhpun hidangan tersebut masin.  Tegurlah isterimu dengan cara berhemah. Wahai suami, Usahlah pulang ke rumah kekenyangan dengan makan di kedai-kedai ataupun warung di tepi jalan. Memang tidak dinafikan, makan di kedai-kedai lebih sedap dan lebih menyelerakan hidangannya. Fikirkanlah tentang perasaan isterimu Bersusah payah memasak,  Berfikir tentang menu apa yang nak dihidangkan kepadamu Hargailah air tangan isterimu. Nikmati air tangan isterimu walaupun ia tidak sesedap masakan ibumu Kerana disaat dirimu menikmati air tangan isterimu yang terhidang itu Terdetik kebahagiaan dihati isterimu Rasa dihargai sunggupun hanya dengan pujian kecil Hilang segala lelah di dapur Hilang segala penat lelah dirumah

Kisah seorang surirumah

Image
Bangun pagi seawal 5 pagi membersihkan diri, solat subuh dan terus saja ke dapur menyediakan sarapan buat keluarga. Jika terlewat bangun nanti, tidak sempat menyediakan sarapan untuk di bawa bekal buat suami ke tempat kerja. Kemudian pula, berlari mengejutkan anak di bilik masing-masing.Menyiapkan anak untuk ke sekolah. Kadang-kadang apabila tiba mood anak tidak begitu baik pada pagi itu. Berperang juga pada waktu pagi disebabkan anak meragam kerana tidak mahu ke sekolah. Terdengar jeritan dan tangisan anak di bilik air. Si adik pula terjaga, kerana terdengar tangisan kakak yang memecah suasana pagi. si adik pula menangis dan ingin mandi di pagi hari. Menangis atau tidak, kamu tetap harus ke sekolah anakku.  Selepas itu, apabila suami begerak ke tempat kerja dan anak sudahpun ke sekolah.  Mak terus sahaja menyidai kain yang telahpun di basuh pada malam tadi. Habis sebakul di sidainya diampaian. Sambil-sambil menyidai kain, ternampak pula, sampah-sampah dedaun ke

Permulaan kisah kehidupan

Image
Cerita kita berbeza diantara satu sama lain.  Begitu juga dengan kisah hidup kita Aku disini mencari pengertian hidup.  Di dalam meniti kehidupan.  Biar perit, biar jerih.  Aku tetap bangun melaluinya   Sungguhpun aku tidak setabah yang di sangka Sungguhpun aku tidak sekuat yang di lihat Namun aku tetap melaluinya. Hari berganti hari Aku masih disini  Meneruskan langkah kaki bersama mereka yang tersayang Aku ingin melihat mereka gembira Aku ingin melihat mereka tersenyum Biarlah luluh pedih yang menimpa pada diri ini Doakan kejayaan pada diri ini Agar mampu aku membalas pengorbanan mereka Izinkan aku untuk berjaya Bukan hanya untuk diri sendiri bahkan buat insan yang telah mencurahkan kasih sayangnya kepada diriku. Aku sayangi mereka sepenuh hati..